Kerajaan turut larang penjualan vape kepada individu lahir selepas 2005

Kerajaan turut larang penjualan vape kepada individu lahir selepas 2005

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa larangan itu akan meliputi 'produk tembakau, bahan merokok, produk tembakau gantian dan peranti merokok'.

Pada Nov lalu, Kementerian Kewangan mengesahkan rang undang-undang mengenai pengawalseliaan tembakau, e-rokok, vape dan shisha boleh dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat pertama 2022, walaupun ia sepatutnya dibawa ke Parlimen pada 2020.
PETALING JAYA:
Rancangan kerajaan untuk melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang dilahirkan selepas tahun 2005 juga termasuk vape dan e-rokok.

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa larangan itu akan meliputi “produk tembakau, bahan merokok, produk tembakau gantian dan peranti merokok”.

Kelmarin, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada sesi pertemuan ke-150 mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva berkata, Malaysia berharap untuk meluluskan undang-undang yang akan membawa kepada “generasi penamat perbuatan merokok”.

“Ini adalah dengan melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang lahir selepas tahun 2005,” katanya yang menaruh keyakinan bahawa langkah itu juga akan membantu mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit jantung dan hipertensi.

Pada Nov lalu, Kementerian Kewangan mengesahkan rang undang-undang mengenai pengawalseliaan tembakau, e-rokok, vape dan shisha boleh dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat pertama 2022, walaupun ia sepatutnya dibawa ke Parlimen pada 2020.

Kementerian menyebut, rang undang-undang itu akan membuka jalan kepada peraturan komprehensif berhubung produk tembakau konvensional dan produk merokok baharu seperti vape yang menarik perokok muda.

Putrajaya juga merancang untuk mengenakan duti eksais sebanyak RM1.20 setiap mililiter cecair vape pada 2022 untuk mengawal selia industri itu, selain duti 10% ke atas semua rokok elektronik dan peranti merokok lain termasuk vape yang diperkenalkan tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.