
Mahkamah Tinggi juga mengekalkan denda awal sebanyak RM2.5 juta yang dikenakan Mahkamah Sesyen pada 27 Ogos 2020, kata SC dalam kenyataan dikeluarkan, hari ini.
Gan disabitkan kesalahan kerana memberi kenyataan yang mengelirukan dengan niat untuk menipu berkaitan pendapatan Transmile Group Bhd dalam Laporan Suku Tahun syarikat mengenai Keputusan Disatukan yang Belum Diaudit bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember, 2006.
Penyata mengelirukan mengenai jumlah pendapatan terdiri daripada lebih RM333 juta angka jualan yang direka. Sabitan Gan adalah mengikut Seksyen 122B yang dibaca bersama Seksyen 122(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan mengambil maklum usaha dilakukan SC untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Gan bahawa beliau telah mengelak daripada ditangkap, sekaligus gagal menghadiri perbicaraan rayuan.
Gan masih bebas dan SC sedang mendapatkan maklumat daripada pihak awam untuk mengesannya.