
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.42 pagi dan pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian mendapati premis berkenaan sedang terbakar.
“Terdapat tiga mangsa berusia lingkungan 50-an dan 60-an, dua mangsa dikeluarkan dengan selamat, manakala seorang pekerja ditemui oleh Unit Anjing Pengesan (K9) dan disahkan rentung oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa bomba turut berdepan kesukaran ketika memadam api kerana risiko arus elektrik, namun kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan sebelah pada 3.30 pagi.
Punca kebakaran di kedai perabot berkenaan masih disiasat.