
Warga emas lelaki berusia 74 tahun dan isterinya 73 tahun ditemui rentung dalam bilik tidur rumah itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Darikson Galanang, berkata 10 anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.58 malam.
“Operasi memadam kebakaran berdepan kesukaran berikutan laluan sempit, termasuk sebuah jambatan kecil serta kedudukan wayar elektrik rendah yang menghalang pergerakan jentera bomba ke lokasi,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, kebakaran dikawal sepenuhnya 1.30 pagi tadi, manakala mangsa pertama dikeluarkan 2 pagi, disusuli mangsa kedua kira-kira 3.50 pagi.
Menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.