
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Rescue 1122 berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan di bangunan bertingkat Gul Plaza yang mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran itu.
Lebih ramai mangsa dikhuatiri terkorban kerana struktur bangunan masih tidak stabil dan sebahagian besar binaannya runtuh.
Kebakaran itu berlaku lewat Sabtu di Gul Plaza, pusat beli-belah bertingkat yang menempatkan lebih 1,200 kedai di Jalan MA Jinnah dan api hanya berjaya dikawal selepas lebih 24 jam usaha memadam kebakaran dilakukan Ahad lalu.
Ketua Menteri Sindh, Syed Murad Ali Shah, berkata lebih 65 pengunjung dilaporkan hilang.
Katanya, kerajaan wilayah akan memberi pampasan 10 juta rupee Pakistan (kira-kira USD36,000) kepada setiap keluarga mangsa.
Menurut Rescue 1122, beberapa mayat ditemui dalam keadaan rentung atau tidak sempurna, sekali gus menyukarkan proses pengecaman segera. Prosedur teknikal dan forensik akan digunakan untuk mengenal pasti identiti mangsa.
Punca kebakaran masih dalam siasatan. Polis sebelum ini memaklumkan kebakaran itu disyaki berpunca daripada litar pintas elektrik.