Zuraida dakwa kenyataan ‘orang utan bunuh anda dulu’ diambil di luar konteks

Zuraida dakwa kenyataan ‘orang utan bunuh anda dulu’ diambil di luar konteks

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin, berkata beliau sekadar 'menceritakan gurauan' itu yang didengar daripada Duta Malaysia ke Arab Saudi, berhubung sentimen anti minyak sawit.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin, berkata ucapan itu dibuat dalam perjumpaan tertutup dan menggesa pengguna media sosial berhenti berkongsi kandungan disunting itu yang ‘diubah kandungannya’.
PETALING JAYA:
Zuraida Kamaruddin, hari ini, berkata kenyataan “kalau anda jumpa orang utan, haiwan itu akan bunuh anda dulu” diambil di luar konteks, sambil menegaskan kandungan asal disunting semata-mata bertujuan mencetuskan fitnah terhadapnya.

Menurut kenyataan dikeluarkan pejabatnya, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sekadar “menceritakan gurauan” itu yang didengar daripada Duta Malaysia ke Arab Saudi, berhubung sentimen anti minyak sawit.

Menurut kenyataan itu lagi, katanya, ucapan itu dibuat dalam perjumpaan tertutup dan menggesa pengguna media sosial berhenti berkongsi kandungan disunting itu yang telah “dipesongkan”.

Terdahulu, pencinta alam sekitar terkejut dengan dakwaan “pelik dan jahil” Zuraida bahawa di Malaysia, orang utan yang membunuh manusia dan bukan sebaliknya.

Presiden Persatuan Ekopelancongan dan Pemuliharaan Malaysia (ECOMY) Andrew Sebastian berkata, dakwaan Zuraida itu tidak membantu menangkis kempen anti minyak sawit di peringkat antarabangsa atau melindungi alam sekitar.

Pada 5 Jan lalu, Zuraida memberitahu dialog Majlis Minyak Sawit Malaysia 2022 bahawa masih ada banyak orang utan di Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam menolak tanggapan orang utan makin pupus di Malaysia kerana penanaman pokok kelapa sawit.

“Di Malaysia, kalau anda jumpa orang utan, haiwan itu akan bunuh anda dulu, bukan anda bunuhnya, betul tak?” kata beliau dalam majlis itu.

Dalam pada itu, pejabat Zuraida berkata, isu orang utan itu dibangkitkan dalam ucapannya untuk agensi berkaitan mengkaji lebih lanjut habitat dan tabiat hidup spesies, selaras matlamat mampan negara mempromosikan biodiversiti.

Katanya, penemuan itu kemudiannya akan dibentangkan kepada pihak berkepentingan asing seperti Kesatuan Eropah.

“Kami menyeru pengguna media sosial berhenti berkongsi kandungan yang di luar konteks kerana merendahkan semangat kakitangan kementerannya yang tidak jemu menunjukkan komitmen dalam mempromosikan minyak sawit Malaysia.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.