2 beradik antara 6 lelaki didakwa bunuh pemandu e-hailing

2 beradik antara 6 lelaki didakwa bunuh pemandu e-hailing

Dua beradik itu Ng Zhang Jing dan Ng Zhang Le mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Keenam-enam tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
KUALA LUMPUR:
Enam lelaki termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh pemandu e-hailing di tempat letak kenderaan sebuah kelab di Kepong, pada 28 Dis lalu.

Teng Cheng Heng, 22, Chew Jun Seng, 22, Yohannes Isaac Anak Luwang, 21, Won Kok Wei, 20, serta dua beradik iaitu Ng Zhang Jing, 24,dan Ng Zhang Le, 20, mengangguk faham, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua lelaki itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa membunuh Mohd Farid Abdullah, 29, pada 1.35 pagi, 28 Dis lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip, manakala Peguam Rodzim Zaimy Abdul Hamid mewakili Chew sementara lima tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.