Pelan Pemulihan Negara 2.0 bakal dirangka, kata Muhyiddin

Pelan Pemulihan Negara 2.0 bakal dirangka, kata Muhyiddin

Beliau berkata satu pasukan kerja akan dibentuk bagi meneliti secara mendalam sektor mana yang boleh cepat dipulihkan, dan sektor mana yang mengambil masa panjang.

Pasukan kerja pelan pemulihan 2.0 juga akan mengemukakan cadangan serta memperhalusi langkah menangani kes Covid-19 jika dikesan meningkat kerana kerajaan telah berjanji tidak akan kembali kepada “lockdown”, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Muhyiddin Yassin. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pelan Pemulihan Negara 2.0 akan dirangka secara komprehensif dan inklusif untuk memastikan pemulihan seterusnya dan secara menyeluruh, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata satu pasukan kerja akan dibentuk bagi meneliti secara mendalam sektor mana yang boleh cepat dipulihkan, dan sektor mana yang mengambil masa panjang.

“Pelan 2.0 itu penting kerana jika dibiarkan sektor dibiarkan pulih secara semula jadi, ia akan mengambil masa bertahun-tahun.

“Bila ada pelan 2.0, akan jelas MPN boleh buat untuk membantu sektor besar dan kecil dapat dipulihkan,” katanya menurut laporan Bernama, selepas mempengerusikan mesyuarat MPN.

Muhyiddin berkata pasukan kerja pelan pemulihan 2.0 juga akan mengemukakan cadangan serta memperhalusi langkah menangani kes Covid-19, jika dikesan meningkat kerana kerajaan telah berjanji tidak akan kembali kepada cara lama iaitu “lockdown” untuk menangani kes Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.