
Syarikat bukan berasaskan keuntungan itu yang ditugaskan untuk menguruskan program vaksinasi berkata, keputusan itu berikutan orang ramai terpaksa berbaris panjang untuk mendapat suntikan ketiga tanpa membuat temu janji di beberapa pusat vaksinasi di Lembah Klang.
Keutamaan juga akan diberikan kepada mereka yang telah membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera, kata Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Anas Alam Faizli dipetik Malay Mail.
Katanya, mereka yang tidak diberi janji temu menerusi MySejahtera boleh mendaftar dengan PPV swasta yang tersenarai di laman web Protect Health sama ada menerusi emel atau telefon.
ProtectHealth berkata, keputusan terbaru untuk menghentikan pendaftaran secara “walk-in” adalah untuk menghalang kumpulan orang ramai berhimpun, seterusnya melanggar SOP.
Terdahulu hari ini FMT melaporkan sekumpulan warga emas di Pulau Pinang terpaksa beratur berjam-jam lamanya di tepi jalan yang sibuk di George Town, untuk mendapatkan suntikan dos penggalak.
Difahamkan, PPV diberikan sejumlah had dos untuk penerima dos penggalak “walk-in” setiap hari, menurut laporan portal itu.
“Kami melihat ramai orang beratur di PPV offsite di bawah ProtectHealth selepas pengumuman tempoh selang masa vaksin dipendekkan kepada tiga bulan,” katanya.
Menurutnya, pihaknya telah berkomunikasi dengan dengan pengamal perubatan swasta yang menguruskan PPV offsite atau kemudahan perubatan swasta dengan cadangan untuk mengawal orang ramai.
PPV offsite termasuk di pusat beli-belah dan dewan orang ramai.