Jalan Dangi-Ulu Rokan, jadi laluan terbaharu ditutup di Tampin akibat tanah runtuh

Jalan Dangi-Ulu Rokan, jadi laluan terbaharu ditutup di Tampin akibat tanah runtuh

Pasukan bomba dan penyelamat Gemencheh sudah membersihkan laluan berkenaan, namun laluan itu didapati masih berpotensi untuk berlaku runtuhan.

Satu lagi laluan di Jalan Dangi–Ulu Rokan, Gemencheh, di sini, ditutup sejak 3 petang tadi susulan berisiko berlaku tanah runtuh serta mengundang bahaya. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Laluan di Jalan Dangi- Ulu Rokan, di Tampin, menjadi laluan kelima ditutup sepenuhnya bermula 3 petang tadi, ekoran risiko tanah runtuh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.54 petang itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, dikejarkan ke lokasi sebaik menerima aduan terdapat pokok tumbang merintangi laluan berkenaan.

Menurut Ketuanya, Norfaizal Ahmad, pasukan bomba telah membersihkan laluan berkenaan, namun laluan itu didapati masih berpotensi untuk berlaku runtuhan lagi.

“Masih berlaku pergerakan tanah kesan dari hakisan air. Oleh itu, laluan ini ditutup sepenuhnya kepada sebarang kenderaan atas faktor keselamatan,” katanya menurut laporan Kosmo!.

Daerah Tampin menjadi daerah terbaharu paling terjejas dalam kejadian banjir, sejak kelmarin.

Selain lokasi terbabit, terdapat empat lagi lokasi laluan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan iaitu jalan di Kampung Kurnia Diraja, jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang, Kampung Bangkahulu dan Tugu Peringatan Sungai Kelamah.

Manakala, dua lagi laluan iaitu jalan utama Bukit Rokan dan Jalan Kampung Pasir Besar ditutup untuk kenderaan ringan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.