Bantahan awal petisyen pilihan raya Sungai Udang didengar 7 dan 8 Feb depan

Bantahan awal petisyen pilihan raya Sungai Udang didengar 7 dan 8 Feb depan

Pada 14 Dis lepas, Mohamad Ali Mohamad Ali, 57, yang tewas pada pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini memfailkan petisyen itu bagi membatalkan kemenangan Dr Mohd Aleef Yusof, 35, atas dakwaan terdapat unsur rasuah.

Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavaty yang mewakili SPR dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya berkata tarikh itu ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Azman Abdullah semasa pengurusan kes hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi Melaka menetapkan 7 dan 11 Feb untuk mendengar bantahan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dua lagi terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Mohamad Ali Mohamad yang tewas pada pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini.

Dua lagi ialah Dr Mohd Aleef Yusof daripada Perikatan Nasional (PN) dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN itu semasa pilihan raya yang berlangsung pada 20 Nov.

Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavaty yang mewakili SPR dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya berkata tarikh itu ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Azman Abdullah semasa pengurusan kes hari ini. Azman dilantik untuk mendengar petisyen itu.

Pada 14 Dis lepas, Ali, 57, memfailkan petisyen itu bagi membatalkan kemenangan Aleef, 35, atas dakwaan terdapat unsur rasuah pada PRN di kawasan tersebut.

Beliau menamakan Aleef, yang menang dengan majoriti 530 undi dalam pertembungan empat penjuru, Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN Sungai Udang dan SPR sebagai responden.

Dalam petisyennya, Ali mendakwa Aleef sebelum ini adalah Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Hang Tuah Jaya sebelum dicalonkan oleh Bersatu untuk bertanding di Sungai Udang.

Ali mendakwa Aleef tidak pernah dipilih sebagai ADUN dan tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya di kawasan itu dan bergantung kepada Ahli Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz untuk memperkenal beliau kepada pengundi.

Ikmal Hisham adalah bekas ahli Umno yang menyertai Bersatu selepas BN tewas kepada Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum ke-14.

Beliau telah meletakkan jawatan dalam Umno sebelum menyertai Bersatu pada 2019.

Ali mendakwa Aleef telah melakukan amalan rasuah pada pilihan raya itu seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 32(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau memohon perisytiharan bahawa Aleef tidak dipilih dengan sewajarnya dan PRN di kawasan itu adalah terbatal serta perintah atau relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.