
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima aduan berhubung kejadian itu 6 pagi tadi.
Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi DBKL, Anwar Mohd Zain berkata, 15 anggota dari tiga pasukan kecemasan DBKL dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan dan melakukan kerja pembersihan.
Beliau berkata, kerja pembersihan bermula 7 pagi tadi menggunakan beberapa jentera dan lori.
“Tiada mangsa dilaporkan cedera. Hanya sebuah kereta Perodua Axia yang diletakkan berhampiran hotel berkenaan dilaporkan rosak, manakala tiada kerosakan serius membabitkan struktur bangunan hotel terbabit.
“Kami juga sudah berjumpa pemilik kenderaan itu dan memaklumkan dia boleh menuntut insurans dengan DBKL berhubung kerosakan dialami dalam kejadian ini,” katanya dipetik Sinar Harian.
Beliau berkata, jalan alternatif lain disediakan kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan terbabit, dengan anggota trafik DBKL dikerahkan untuk mengawal lalu lintas.
Katanya, DBKL menerima tiga aduan lain membabitkan pokok tumbang di sekitar ibu kota ini.
“Kami menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika melalui kawasan yang mempunyai banyak pokok memandangkan cuaca tidak menentu dengan hujan serta banjir,” katanya.