
“Alkohol tidak akan dibenarkan dalam premis lagi,” kata pengurusan kelab itu dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Pesanan sama turut disampaikan menerusi surat kepada pengendali bar di AKCC, dengan arahan untuk “mematuhi perintah itu segera”.
Kelab berusia 57 tahun itu adalah yang tertua di Melaka, dengan padang golf 27 lubang, selain kemudahan sukan dan rekreasi lain termasuk kolam renang, gelanggang tenis dan skuasy serta ping pong dan biliard.
Menurut laman web AKCC, kelab itu diuruskan syarikat Ayer Keroh Country Club Berhad, yang lembaga pengarahnya dilantik kerajaan negeri Melaka.
Dua tahun lalu dalam keputusan sebulat suara ketika mesyuarat agung luar biasa, 160 ahli Seremban International Golf Club (SIGC) mengundi menentang peraturan melarang penjualan alkohol di premisnya.
Seramai 1,100 ahli SIGC kebanyakannya adalah kakitangan awam dan pesara, dengan kurang separuh daripadanya bukan Muslim, lapor media ketika itu.
Walaupun rumah kelab dan kemudahan sukan SIGC adalah milik swasta, padang golfnya dimiliki kerajaan negeri, menurut laporan.