
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor, Nurul Hizam Zakaria berkata pihaknya menerima notis merah Interpol berhubung kecurian diesel itu daripada Ocean Pride.
Katanya, mereka yang diburu adalah kru kapal Ocean Pride yang merompak sejumlah besar minyak diesel, sebelum lari dan meninggalkan kapal terbabit di perairan Tanjung Siang, Kota Tinggi, Johor.
“Mereka ialah Haryadi Tri Tomi nombor pasport B9706316, Mangalik Despiandri (C7309394), Nordiansyah Muhammat (C1366351), Pasaribu Suherri Nanda (C2081744), Pinem Jendri (C6787829) dan Prasetyo Agung (C7021189).
“Turut diburu Saputra Pandu Prasetya (C7573439), Siddiq Muhammad (C7309737), Silaban Rusman (B5670491), Syahputra Haloho Maraek (C7307752), Tarigan Harry Pranata (C7308182) dan Yusran (C3899964),” katanya menurut laporan Harian Metro.
Hizam berkata, ia bagi membantu siasatan kes Kapal Tangki MT Ocean Pride yang terbabit dalam kesalahan mengikut Seksyen 380m dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Katanya, individu yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek terbabit diminta menghubungi Mohd Affandi Ismall (03-89957935) atau Mohd Feerdaus Daud (pegawai penyiasat 07-8916595) atau ke pejabat maritim berhampiran.
Pada 5 Okt lalu, Kapal MT Ocean Pride yang berdaftar di Cook Islands dalam pelayaran dari Singapura ke Dili East Timor bersama 12 kru warga Indonesia.
Pada 1 tengah hari, APMM menerima laporan awam berkaitan kapal terbabit yang disyaki berlaku cubaan rompakan di kedudukan 23.6 batu nautika timur, Tanjung Siang, Johor.
Hasil pemeriksaan aset APMM di lokasi mendapati kapal itu ditinggalkan tanpa kru dan kargo yang dianggarkan 1,800,305 liter diesel, bersamaan RM4.86 juta juga dicuri.