RON97, diesel di Semenanjung naik 6 sen

RON97, diesel di Semenanjung naik 6 sen

Harga baharu berkuatkuasa hingga 5 Nov.

fuel minyak bm
PETALING JAYA:
Harga petrol RON97 dan diesel di Semenanjung naik enam sen bermula esok seiring peningkatan harga pasaran minyak dunia.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga baharu RON97 adalah RM3.20 seliter manakala diesel di Semenanjung RM2.95.

Harga baharu itu berkuat kuasa hingga 5 Nov ini.

Sementara itu, di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga diesel kekal RM2.15 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, harga RON95 tanpa subsidi masih berada pada kadar RM2.60 seliter, manakala menerusi BUDI95, kekal RM1.99 seliter.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.