Operasi pindah mangsa banjir di Bukit Kemuning, Seri Muda diteruskan malam tadi

Operasi pindah mangsa banjir di Bukit Kemuning, Seri Muda diteruskan malam tadi

Taman Sri Muda Seksyen 25, Shah Alam malam tadi dilaporkan kritikal susulan ketiadaan bekalan elektrik dan hubungan telekomunikasi terputus ekoran banjir.

Tinjauan semalam mendapati keadaan sekeliling masih bergelap susulan ketiadaan bekalan elektrik selain hubungan telekomunikasi terputus ekoran banjir yang melanda.
SHAH ALAM:
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, lebih banyak bot akan digunakan untuk membawa keluar dan memindahkan mangsa banjir yang masih terperangkap di Bukit Kemuning dan Seri Muda, malam tadi.

“Proses penyelamat akan diteruskan bagi mengeluarkan semua mangsa yang terkandas. Saya mengambil maklum keadaan kritikal di Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam. Segala aset yang sesuai seperti bot telah dikerah untuk membantu proses pemindahan mangsa banjir.

“Saya difahamkan jumlah anggota tentera turut ditambah untuk membantu usaha ini,” katanya menerusi catatan di Twitter malam tadi.

Menurut Amirudin, beliau turut berada di SK Taman Sri Muda selama empat jam siang semalam bagi membantu operasi memindahkan mangsa yang terkandas, antaranya sebuah keluarga yang mempunyai bayi yang baharu lahir dan warga emas.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar kawasan tersebut mendapati keadaan sekeliling masih bergelap susulan ketiadaan bekalan elektrik selain hubungan telekomunikasi terputus ekoran banjir yang melanda.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.