Kepala air Bentong, 3 lagi mayat ditemui

Kepala air Bentong, 3 lagi mayat ditemui

Mangsa terdiri dua wanita dan seorang lelaki ditemui selepas dihanyut arus deras.

Dalam kejadian itu, 10 orang berjaya menyelamatkan diri manakala enam lagi dihanyutkan arus deras termasuk seorang yang ditemui lemas semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Tiga lagi mayat mangsa yang dihanyutkan arus kepala air di Sri Telemong, Bentong, Pahang, ditemui hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat pertama yang juga wanita ditemui 1.06 tengah hari, 2km dari lokasi kejadian.

Katanya, mangsa kedua pula seorang wanita warga emas ditemui pada 1.20 tengah hari kira-kira 100m dari lokasi mangsa pertama.

“Mangsa ketiga, seorang lelaki India dijumpai kira-kira 100m dari mangsa kedua,” katanya menurut laporan Kosmo.

Semalam, lima kenderaan yang melalui Jambatan Telemong, Bentong, dihanyutkan arus deras dipercayai kepala air.

Dalam kejadian itu, seramai 10 orang berjaya menyelamatkan diri manakala enam lagi dihanyutkan arus deras termasuk seorang ditemui lemas semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.