Temu mayat di rumah kosong, polis syak suami cekik mati isteri

Temu mayat di rumah kosong, polis syak suami cekik mati isteri

Bedah siasat dapati wanita itu maut dicekik dan dipatahkan tulangnya sebelum disumbat dalam beg lalu ditanam.

police line
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Muhammad Idzam Jaafar, berkata identiti sebenar mayat wanita itu belum dapat dipastikan memandangkan keadaan muka mangsa yang hancur.
PETALING JAYA:
Polis menahan suami dipercayai mencekik mati isterinya akibat masalah wang dengan mayat wanita berkenaan ditemui ditanam di belakang sebuah rumah kosong, di Jalan Pedas-Linggi, Seremban.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Muhammad Idzam Jaafar, berkata suami mangsa itu diberkas di Genting Sempah, petang tadi.

Menurut Utusan Malaysia, Idzam dipetik sebagai berkata, siasatan awal mendapati terdapat pertengkaran di antara suspek dan wanita itu sehingga menyebabkan kematiannya.

Katanya, berdasarkan laporan bedah siasat yang selesai dilakukan hari ini mendapati wanita itu maut akibat dicekik.

“Selain, anggota badan wanita itu juga dipatahkan sebelum disumbat ke dalam beg dan ditanam di rumah tidak berpenghuni itu,” katanya menurut laporan itu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, identiti sebenar mayat wanita itu belum dapat dipastikan Suri Narudin memandangkan proses pengecaman memerlukan sedikit masa.

“Ini ekoran keadaan muka mangsa yang telah hancur. Jadi, kita belum dapat buat pengesahan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.