
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Aidi Ismail berkata, antara kesalahan dikenal pasti termasuklah kes fitnah, merosakkan poster atau bendera parti dan salah guna media sosial.
“Sehubungan itu, semua kertas itu masih dalam siasatan. Selain itu, polis turut mengeluarkan 10 kompaun sehingga hari ini membabitkan jumlah RM35,000,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Jelas Aidi, semua kompaun dikeluarkan melibatkan parti dan calon kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PRN yang ditetapkan.
“Saya menasihatkan semua pihak, sama ada calon, ahli serta penyokong parti yang bertanding untuk sentiasa mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.
Sementara itu, Aidil memberitahu, polis telah meluluskan 2,295 permit berkempen setakat hari ini.
“Bagaimanapun ada juga yang ditolak kerana lokasi tidak sesuai seperti ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Polis sentiasa menjalankan pemantauan dan jika ada pelanggaran SOP, maka kompaun akan dikenakan serta merta,” katanya.