Disyaki rompak RM700,000, pegawai SPRM direman

Disyaki rompak RM700,000, pegawai SPRM direman

Polis berkata setakat ini seramai 12 individu dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

Semalam, SPRM dalam kenyataan mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kes rompakan secara berkumpulan di ibu negara, Jumaat lepas.
KUALA LUMPUR:
Dua individu termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman, masing-masing tiga dan empat hari bagi membantu siasatan kes rompakan melibatkan kerugian RM700,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata kedua-dua individu berumur lingkungan 30 tahun itu ditahan pada Sabtu dan semalam oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi.

Beliau berkata, setakat ini seramai 12 individu telah dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, SPRM dalam kenyataan mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kes rompakan secara berkumpulan di ibu negara, Jumaat lepas.

Terdahulu, media melaporkan dua individu termasuk seorang pegawai sebuah agensi penguatkuasa ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rompakan secara berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang melibatkan kerugian hampir RM1 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.