PRN Sarawak: 23 ‘menghilang’, SEDAR cuma bertanding 5 kerusi

PRN Sarawak: 23 ‘menghilang’, SEDAR cuma bertanding 5 kerusi

Presidennya Othman Abdillah mengakui kecewa dan hampa tindakan 23 individu berkenaan.

Othman Abdullah berkata, tidak seorang pun 23 calon itu menjawab panggilan telefon atau pesanan WhatsApp dihantarnya pada hari penamaan.
PETALING JAYA:
Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) kecewa dan sedih selepas 23 daripada 28 calon yang dipilih mewakili parti itu “menghilang” pada hari penamaan.

Presidennya Othman Abdillah berkata, tidak seorangpun daripada 23 calon berkenaan menjawab panggilan telefon atau pesanan WhatsApp dihantarnya pada hari penamaan (6 Dis), menurut laporan The Star.

“Saya bukan sekadar kecewa dan hampa. Saya sedih. Dua puluh tiga orang itu tidak datang dan tidak memaklumkan yang mereka tidak akan menyerahkan kertas penamaan.

“Jika mereka memaklumkan parti tidak mahu bertanding, kita boleh mencari calon lain,” katanya dipetik portal itu.

Beliau mengesyaki “seseorang” bertanggungjawab kerana ketakhadiran calon-calon itu, namun enggan mengulas lanjut.

“Saya cuma syak. Saya tiada bukti,” katanya.

Lima kerusi yang dipertanding SEDAR adalah Opar, Muara Tuang, Lingga, Saribas dan Samariang.

Katanya, parti itu menyasarkan memenangi tiga atau empat kerusi.

Pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan diadakan pada 18 Dis dengan pemilihan awal pada 14 Dis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.