
Beliau memberitahu Dewan Rakyat semalam, pakar perubatan dalam jawatan Gred UD53, UD54, UD55 dan UD56 juga boleh memperoleh gaji dan elaun sehingga RM21,000 sebulan.
“Manakala pakar perubatan kanan bergred lebih tinggi boleh menerima antara RM16,000 hingga RM37,000 sebulan,” tambahnya.
KKM juga sedang mempertimbangkan untuk menaikkan pangkat pakar perubatan ke Gred UD54 selepas sembilan tahun berkhidmat.
“Kami juga telah menambah kaedah menaikkan pangkat dengan memperkenalkan Gred UD56 pada Januari 2017 serta emolumen tambahan sebanyak RM2,000,” katanya.
Di samping itu, pakar-pakar dalam sistem awam akan ditawarkan faedah persaraan bersifat kewangan dan bukan kewangan, tambahnya.
Pada September, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, negara memerlukan 28,000 pakar perubatan menjelang 2030.
Katanya, kekurangan pakar perubatan menyebabkan pesakit yang memerlukan rawatan terpaksa menunggu lebih lama.
Selain itu katanya, satu jawatankuasa khas telah dibentuk pada 20 Ogos untuk mengkaji cara untuk melanjutkan manfaat kepada pekerja perubatan dan penjagaan kesihatan kontrak.