Parti liar kolam renang, 305 dikompaun RM1.56 juta

Parti liar kolam renang, 305 dikompaun RM1.56 juta

Kompaun RM50,000 dikenakan terhadap dua penjaga dan penganjur manakala seramai 303 pengunjung dikompaun RM1.515 juta.

Semua yang ditahan terdiri daripada 189 lelaki dan 110 wanita yang merupakan 216 pengunjung asing dan 87 pengunjung tempatan serta dua penganjur. (Gambar Facebook Traffic Crew)
PETALING JAYA:
Sebanyak RM1.56 juta nilai kompaun dikenakan terhadap 305 individu kerana terlibat dalam parti liar kolam renang di sebuah kelab persendirian terkemuka di Bukit Kiara, malam tadi.

Semua yang ditahan terdiri daripada 189 lelaki dan 110 wanita yang merupakan 216 pengunjung asing dan 87 pengunjung tempatan serta dua penganjur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, pemeriksaan mendapati semua individu yang diperiksa gagal mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), iaitu berkumpul di satu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

“Kompaun RM50,000 dikenakan terhadap dua penjaga dan penganjur manakala seramai 303 pengunjung dikompaun berjumlah RM1.515 juta.

“Semua tangkapan dibawa IPD Brickfields untuk disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22(b) Akta 342 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Amihizam berkata, siasatan turut dilakukan bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 2) 2021 dan Seksyen 32 Akta Eksais 1976.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.