Kad laporan 100 hari: Markah buruk bagi Rina, Siti Zailah

Kad laporan 100 hari: Markah buruk bagi Rina, Siti Zailah

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, KPWKM dibelenggu kepimpinan yang lemah dan tidak maju dalam isu-isu besar.

Rina Harun (kanan) dan Siti Zailah Mohd Yusoff telah menyandang jawatan tertinggi di KPWKM sejak Mac 2020. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kad laporan 100 hari bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah diterbitkan, dan aktivis wanita menandanya dengan markah yang buruk.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, kementerian yang diterajui Rina Harun dan timbalannya, Siti Zailah Mohd Yusoff, dibelenggu kepimpinan yang lemah dan tidak maju dalam isu-isu besar.

Kiraan detik 100 hari bermula pada 1 Sept apabila Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Muhyiddin Yassin, namun Rina dan Siti Zailah telah menyandang jawatan mereka sejak Mac tahun lepas.

Yeoh berkata, kementerian gagal menggunakan geran RM30 juta yang diluluskan oleh Parlimen untuk menangani isu seperti melindungi kanak-kanak dan menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak bagi petugas barisan hadapan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Yu Ren Chung memuji kementerian kerana meneruskan usaha menangani keganasan domestik dan memperuntukkan dana tambahan bagi mangsa penderaan.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan pelaksanaan inisiatif dalam menyelesaikan isu ini.

“Tiada butiran terperinci mengenai rancangan dan bagaimana peruntukan bajet akan dilaksanakan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.