
Pada masa ini, hanya bapa rakyat Malaysia mempunyai hak ini mengikut Perlembagaan Persekutuan dan ini mencetuskan beberapa cabaran di mahkamah.
Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa ibu berhak mendapatkan kewarganegaraan bagi anak mereka secara kuat kuasa undang-undang dalam semua proses tetapi keputusan itu telah dirayu oleh kerajaan.
Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said, KDN berkata, ia masih berhasrat untuk mendapatkan kelulusan bagi usul itu daripada Majlis Raja-raja sebelum pindaan perlembagaan dibentangkan.
Peluang kedua bagi penagih, penyalahgunaan dadah
Dalam jawapan berasingan kepada Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, KDN berkata, ia sedang menyediakan Rang Undang-undang (RUU) bagi menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
“RUU ini bertujuan meningkatkan akses kepada rawatan dan pemulihan dadah dan bahan terlarang serta memberi peluang kedua kepada penagih dan penyalah guna dadah bagi menjalani rawatan dan pemulihan dalam institusi atau komuniti,” katanya.
Pada masa ini, penagih dadah yang didakwa bawah akta tersebut tertakluk kepada rawatan wajib selama dua tahun yang disamakan seperti “pemenjaraan” oleh segelintir pihak.