
Nama beliau disebut-sebut susulan ibunya, Jamilah Anu, yang juga penyandang kerusi DUN berkenaan menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankannya pada PRN kali ini.
Ketua Menteri Abang Johari Openg ketika memaklumkan perkara itu berkata, gabungan parti kerajaan wajar memberi laluan kepada anak Jamilah dan Adenan, iaitu Azizul Annuar untuk meneruskan wawasan itu.
“Dia sudah bersedia, berbakat dan juga mempunyai watak seperti bapanya,” katanya menurut laporan The Borneo Post pada pada sidang media.
Terdahulu dalam ucapannya semasa pelancaran rasmi Centexs Lundu, Abang Johari berkata, Jamilah memutuskan untuk tidak bertanding.
“Dia (Jamilah) telah melatih anaknya, jadi mungkin dia akan menjadi seseorang yang kita perkenalkan sebagai salah seorang belia yang boleh terlibat dalam pembangunan negeri,” katanya.
“Kami bekerjasama meneruskan visi Adenan untuk kawasan ini semasa beliau menjadi wakil rakyat, iaitu untuk menjadi hab pelancongan di wilayah selatan,” katanya,
Abang Johari berkata, pemimpin datang dan pergi, jadi budaya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sentiasa melatih orang baharu.
“Dalam parti kami, kami membangunkan pemimpin baharu muda untuk meneruskan usaha kami. Sama seperti ketika kami masih muda, kami diberi pendedahan tentang cara memerintah, politik, dan sebagainya.
“Dalam pilihan raya akan datang juga, kita akan memperkenalkan anak muda yang akan terlibat dalam pembangunan negeri. Mereka yang berpotensi, kita melatih mereka untuk masa depan. Ini adalah budaya kita di PBB dan juga dalam GPS,” katanya.
Jamilah berkhidmat sebagai ADUN Tanjong Datu sejak 2017, apabila beliau mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya kecil (PRK) berikutan kematian mengejut Adenan.
Disebabkan beliau masih dalam tempoh edah ketika itu, beliau tidak dapat meninggalkan rumahnya semasa berkempen. Azizul dan ahli keluarga mereka yang membantu berkempen untuknya.
Pada pilihan raya kecil itu, Jamilah menang dengan majoriti 6,443 undi mengalahkan calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Rapelson Richard Hamit, yang mendapat 130 undi, dan Parti Reformasi Negeri (STAR) Johnny Bob Aput, 108 undi,