
KUALA LUMPUR: Seramai 2,597,622 individu atau 82.5% daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman CovidNow, sebanyak 2,758,317 individu atau 87.6% populasi remaja pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa, 95.7% atau 22,413,570 individu telah lengkap vaksinasi, manakala 97.9% atau 22,930,251 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Sebanyak 109,016 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 11,912 suntikan dos lengkap, 4,941 dos pertama dan 92,163 dos penggalak.
Perkembangan ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,082,943.