PRN Melaka: Individu positif Covid keluar mengundi di Alor Gajah, proses pemilihan terganggu seketika

PRN Melaka: Individu positif Covid keluar mengundi di Alor Gajah, proses pemilihan terganggu seketika

Disinfeksi telah segera dilakukan dengan kerjasama bomba selain bilik baharu dibuka sebagai saluran mengundi menggunakan peralatan baharu, kata Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan semua kontak rapat serta sosial sedang disiasat oleh Bilik Gerakan PKD Alor Gajah, kata Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman.
PETALING JAYA:
Seorang individu yang sah positif Covid-19 telah keluar mengundi di satu pusat mengundi di daerah Alor Gajah, menyebabkan menyebabkan sedikit gangguan pengundian di lokasi itu bagi proses disinfeksi menyeluruh.

Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah menerima notifikasi dari Covid-19 Assessment Centre (CAC) Melekek, bahawa seorang kes positif Covid-19 yang telah keluar mengundi di salah satu pusat mengundi di daerah Alor Gajah.

Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, keputusan ujian bagi pesakit itu diterima dari makmal swasta setelah dia selesai proses mengundi, malah pesakit berkenaan tidak menunjukkan sebarang gejala pada waktu mengundi.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak PKD Alor Gajah telah mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat mengundi terlibat menutup sementara kawasan berisiko termasuk saluran mengundi bagi proses disinfeksi menyeluruh.

“Disinfeksi ini telah dijalankan dengan kerjasama pihak bomba. Pihak SPR telah mengambil langkah segera membuka bilik baru sebagai saluran mengundi dengan menggunakan peralatan yang baru.

“Pasukan pemantauan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah juga telah diarahkan ke pusat mengundi terlibat untuk memastikan kawalan infeksi dijalankan secara teratur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan semua kontak rapat serta sosial sedang disiasat oleh Bilik Gerakan PKD Alor Gajah.

“Sehubungan itu, saya memohon orang ramai agar merujuk kepada kenyataan rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan JKN Melaka,” tambahnya.

Untuk mendapatkan maklumat sahih dan sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, orang ramai boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka di talian 06-2345999 atau melalui e-mel [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.