
Beliau pernah menuntut ilmu di sekolah itu sejak 1967 sehingga 1972 dan kehadirannya untuk membuang undi hari ini menaikkan semangatnya untuk berkhidmat sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di kawasan itu.
“Apabila menjejak kaki ke sekolah ini, ia menaikkan semangat saya sewaktu bersekolah di sini. Suasana sekolah (dulu) tidak seperti hari ini.
“Waktu saya dulu, ia beratap nipah dan berlantaikan tanah dan hari ini, ia antara yang terbaik di kawasan ini.
“Saya akan kembali berkhidmat dengan masyarakat di DUN Tanjung Bidara,” katanya kepada pemberita selepas membuang undi di sekolah lamanya yang juga dijadikan pusat pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Rauf berkata, beliau berpuas hati dengan sambutan di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan pengundi keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab.
Ditanya sama ada boleh menang di DUN ini, katanya, beliau berserah kepada Allah kerana usaha telah dibuat dan segala gerak kerja dilakukan dan yakin hari penentuan ini memberi sokongan kepada BN.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua jentera yang bekerja dan mengatur gerak langkah sehingga ke hari ini. Semua dalam keadaan teratur, berjalan dengan baik seperti mana diarahkan,” katanya.