Ramai orang nak lihat perpecahan dalam PN, kata Wan Saiful

Ramai orang nak lihat perpecahan dalam PN, kata Wan Saiful

Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, parti itu dan PAS tetap konsisten dan tidak ada pergaduhan dalam PN.

Wan Saiful Wan Jan berkata, Bersatu konsisten sebagaimana konsistennya PAS dalam mempertahankan perpaduan ummah.
PETALING JAYA:
Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mendakwa ramai pihak yang mahu melihat partinya dan PAS berpecah dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun Wan Saiful berkata, Bersatu dan PAS tetap konsisten dan tidak ada pergaduhan dalam PN.

“Kita konsisten seperti mana PAS konsisten untuk pertahankan perpaduan ummah.

“Kita dalam Bersatu dari dulu kata perpaduan mesti dijaga,” katanya dalam ceramah PN yang disiarkan secara langsung di Facebook malam tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata Bersatu juga setuju bersama Muafakat Nasional (MN) sejak dari awal lagi, meskipun ada pihak yang tidak bersetuju.

“Kita terima jemputan, kita setuju untuk masuk, dah setuju, dah naik tangga kita tengok, takkan makan sorang-sorang.

“Tak nak jemput duduk sekali ke. Bukan kita buat masalah, yang buat masalah orang lain,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.