Peluang kerja lebih baik berbanding wang tunai, kata ahli ekonomi

Peluang kerja lebih baik berbanding wang tunai, kata ahli ekonomi

Peluang pekerjaan perlu disediakan untuk rakyat kembali bekerja berbanding bantuan wang tunai yang bersifat sementara, kata ahli ekonomi.

Seorang ahli ekonomi berkata kerajaan sepatutnya mempunyai penyelesaian kewangan jangka panjang kerana bantuan seumpama itu tidak memadai untuk memberi impak kepada rakyat.
PETALING JAYA:
Ahli ekonomi mengkritik kerajaan apabila bantuan wang tunai Covid-19 yang disediakan untuk rakyat berpendapatan sederhana tidak dirangka dengan baik.

Kerajaan sebaliknya digesa untuk menyediakan sokongan bersesuaian untuk membolehkan kumpulan M1 kembali bekerja dan memastikan mereka mendapat peluang pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) berkata Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tidak dirangka dengan baik memandangkan wang itu akan dibelanjakan segera oleh penerimanya dan agak kurang membantu dalam tempoh jangka panjang.

Mengulas mengenai pemberian bantuan wang tunai untuk isi rumah di bawah RM5,000 katanya, kerajaan sepatutnya mempunyai penyelesaian kewangan jangka panjang kerana bantuan seumpama itu tidak memadai untuk memberi impak kepada rakyat.

Katanya, mereka juga perlu melakukan semakan lebih teliti terhadap sistem perlindungan sosial.

“Bagaimanapun, pembaharuan besar mesti menangani isu kemiskinan dan kebergantungan terhadap bantuan kebajikan mesti dihapuskan,” katanya.

“Sistem kebajikan di Malaysia adalah terlalu rumit, banyak birokrasi dan kurang berkesan. Ramai yang terlepas pandang.”

Skim paling mudah ialah kredit cukai secara menyeluruh atau cukai pendapatan negatif. Mereka yang berpendapatan lebih daripada ambang gaji asas akan dikenakan cukai seperti biasa manakala mereka yang berpendapatan kurang daripada itu akan diberikan kredit cukai.

Williams berkata bantuan itu akan membabitkan jumlah sebanyak RM5.1 bilion untuk disediakan kepada 10% terbawah (isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 sebulan).

Katanya, kredit cukai itu boleh diberi menerusi penubuhan Tabung Bantuan Sosial Negara yang memerlukan dana sebanyak RM100 untuk menyediakan peruntukan berjumlah RM5.1 bilion setiap tahun.

Seorang lagi ahli ekonomi, Benedict Weerasena dari Bait Al-Amanah berkata, bantuan wang tunai itu penting untuk sokongan sementara ketika tempoh sukar namun ia perlu diberi berdasarkan data pendapatan isi rumah terkini dan garis kemiskinan yang disemak semula.

Katanya, kerajaan perlu dasar untuk keluar daripada pemberian bantuan wang tunai bagi membolehkan sumber yang ada dapat disasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.