75.3% populasi negara lengkap divaksin

75.3% populasi negara lengkap divaksin

94.9% atau 22,214,024 individu kadar populasi dewasa juga telah lengkap menerima dos vaksin.

PETALING JAYA: Setakat 11.59 malam tadi, 75.3% atau 24,604,953 individu di negara ini lengkap diberi vaksin Covid-19.

Sementara itu, 94.9% atau 22,214,024 individu daripada populasi dewasa juga telah lengkap menerima dos vaksin.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 97.5% atau 22,819,122 individu bagi populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Manakala itu, 108,821 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 44,084 suntikan dos lengkap, 6,342 menerima dos pertama dan 58,395 pula menerima suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,527,937 dos.

Setakat semalam juga, sebanyak 2,390,929 atau 76% individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin, manakala 86.4% atau 2,719,497 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak yang diberikan pula adalah sebanyak 565,629.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.