75.2% populasi negara lengkap divaksin

75.2% populasi negara lengkap divaksin

94.8% atau 22,194,116 individu kadar populasi dewasa juga telah lengkap menerima dos vaksin.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.
KUALA LUMPUR:
Setakat 11.59 malam tadi, 75.2% atau 24,552,038 individu di negara ini telah lengkap vaksin Covid-19.

Sementara itu, 94.8% atau 22,194,116 individu daripada populasi dewasa juga telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 97.4% atau 22,809,218 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Manakala itu, 38,027 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 13,110 suntikan dos lengkap, 3,068 menerima dos pertama dan 21,849 pula menerima suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,402,399.

Setakat semalam juga, sebanyak 2,357,922 atau 74.9% individu daripada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin, manakala 86.3% atau 2,715,817 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, jumlah kumulatif penerima dos penggalak pula kini adalah 506,236.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.