Veteran tak berpencen turut terima BKK RM350, kata Ismail

Veteran tak berpencen turut terima BKK RM350, kata Ismail

Perdana Menteri berkata langkah itu selaras amalan semasa kerajaan yang prihatin terhadap golongan veteran ATM tidak berpencen agar turut menerima BKK.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya 82,000 veteran ATM tidak berpencen berdaftar dengan JHEV, seterusnya mereka yang belum berdaftar disarankan berbuat demikian.
KUALA LUMPUR:
Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM350 secara sekali beri kepada satu juta pesara kerajaan yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 Jumaat lepas akan turut diberikan kepada golongan veteran angkatan tentera (ATM) tidak berpencen.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu selaras amalan semasa kerajaan yang prihatin terhadap golongan veteran ATM tidak berpencen agar turut menerima BKK.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan telah dilaksanakan dalam Bajet 2021 dengan RM300 diberikan kepada kumpulan pesara.

“Namun daripada jumlah itu, hanya seramai 82,000 veteran ATM tidak berpencen telah berdaftar dengan JHEV sehingga 30 Sept 2021.

“Sehubungan itu, veteran ATM tidak berpencen yang belum berdaftar disarankan untuk berbuat demikian dengan JHEV agar BKK dapat disalurkan kepada mereka menjelang bulan Januari 2022,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jumaat lepas, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat berkata, seramai satu juta pesara kerajaan akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.