Disyaki dibunuh, mayat lelaki tanpa identiti ditemui di tepi jalan

Disyaki dibunuh, mayat lelaki tanpa identiti ditemui di tepi jalan

Mayat itu ditemui di tepi Jalan Sungai Tua-Ulu Yam, Gombak.

Polis berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati lelaki itu dipercayai dibunuh, tetapi tidak diketahui sama ada dibunuh di kawasan lain atau sebaliknya.
PETALING JAYA:
Mayat seorang lelaki tanpa identiti yang dipercayai dibunuh, ditemui di tepi Jalan Sungai Tua-Ulu Yam, Gombak, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Zainal Mohamed Mohamed, berkata, panggilan berhubung penemuan itu diterima pada 8.30 pagi tadi.

Susulan itu katanya, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak bergegas ke tempat kejadian.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati lelaki itu dipercayai dibunuh dan pasukan forensik sedang menjalankan siasatan.

“Kita belum mengetahui sama ada dibunuh di kawasan lain atau sebaliknya, siasatan masih berjalan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menyalurkannya di balai polis berdekatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.