Bajet 2022: Syarikat kaya dikenakan ‘Cukai Makmur’

Bajet 2022: Syarikat kaya dikenakan ‘Cukai Makmur’

Menteri Kewangan berkata, cukai khas 'one-off' itu bagi membiayai rakyat terjejas akibat pandemik dan menjaga sistem kesihatan awam.

Syarikat dengan pendapatan bercukai sehingga RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24% dan selebihnya pada kadar 33% bagi tahun taksiran 2022. (Gambar Bloomberg)
PETALING JAYA:
Kerajaan akan mengenakan cukai khas “one-off” atau “Cukai Makmur” kepada syarikat yang menjana pendapatan tinggi bagi membiayai rakyat terjejas akibat krisis Covid-19, kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, pengenalan cukai itu penting bagi memastikan sistem kesihatan awam lebih berdaya tahan dalam menghadapi sebarang ancaman pada masa depan.

“Dengan nama ‘Cukai Makmur’, syarikat dengan pendapatan bercukai sehingga RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24% dan pendapatan bercukai selebihnya pada kadar 33% bagi tahun taksiran 2022,” katanya di Dewan Rakyat.

Ketika membahaskan Bajet 2021 pada 18 Nov 2020, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan kerajaan memperkenalkan “Windfall Tax” atau “Cukai Durian Runtuh” kepada syarikat kaya dan besar.

Beliau mencadangkan cukai itu dikenakan kepada syarikat pembuat sarung tangan getah di Malaysia yang menikmati keuntungan berkali ganda ketika pandemik Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.