Mana tablet Peranti Siswa untuk pelajar, soal bekas timbalan menteri

Mana tablet Peranti Siswa untuk pelajar, soal bekas timbalan menteri

Teo Nie Ching berkata, permohonan bagi program itu ditutup pada 15 Mei tetapi pelajar masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai status permohonan mereka.

Inisiatif Peranti Siswa bawah Bajet 2022 bertujuan menyediakan tablet untuk penuntut universiti daripada keluarga berpendapatan rendah.
PETALING JAYA:
Seorang bekas timbalan menteri pendidikan meminta kerajaan menjelaskan apa yang berlaku kepada tablet untuk pelajar miskin, setelah dua bulan permohonan untuk peranti itu ditutup.

“Kami mahu tahu berapa ramai pelajar yang memohon. Berapa orang yang layak (dapat tablet), dan bila mereka akan terima tablet yang dijanjikan?” soal Teo Nie Ching.

Ahli Parlimen Kulai itu berkata, permohonan untuk peranti bawah program Peranti Siswa itu ditutup pada 15 Mei tetapi pelajar masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai status permohonan mereka.

Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berkata, ia hanya akan mula mengedarkan tablet pada Julai selepas kerajaan menender semula kontrak pembekalannya.

Teo menggesa KKMM agar meyakinkan pelajar yang tidak tahu menahu mengenai status permohonan mereka.

Inisiatif Peranti Siswa bawah Bajet 2022 bertujuan menyediakan tablet untuk penuntut universiti daripada keluarga berpendapatan rendah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.