3 kluster baharu Covid-19

3 kluster baharu Covid-19

Masing-masing satu membabitkan tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Terdapat 539 kluster aktif di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan tiga kluster baharu Covid-19, dengan masing-masing satu membabitkan tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikesan di Johor dan Selangor.

Perincian kluster seperti berikut:

  • Kluster Ladang Jalan Kluang (Kluang) dengan 17 kes.
  • Kluster Jalan Sutera Kuning (Johor Bahru) dengan 10 kes.
  • Kluster Jalan Lama Tebuk Marso (Sabak Bernam) dengan 15 kes.

Hisham berkata, sebanyak 5,722 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 539 daripadanya kluster aktif dan 5,183 lagi sudah tamat.

PKPD

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di FELDA Lembah Klau, Mukim Gali, Raub di Pahang sejak 12 Okt lalu akan ditamatkan mengikut jadual esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.