HKL nafi pakar bedah meninggal dunia kerana vaksin

HKL nafi pakar bedah meninggal dunia kerana vaksin

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 9 malam tadi.

HKL menjelaskan bahawa tiada pakar bedah bernama Dr Shafawati yang meninggal dunia seperti didakwa. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa seorang pakar bedah di hospital itu bernama “Dr Shafawati” yang meninggal dunia pada 3 Sept lepas akibat vaksin seperti mesej tular di media sosial.

Pihak HKL menjelaskan bahawa tiada pakar bedah HKL bernama Dr Shafawati yang meninggal dunia seperti didakwa.

Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai berita ditularkan yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan sebaliknya sentiasa merujuk sumber sahih untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan oleh Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 9 malam tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.