PRN Melaka: PN sedia lawan 3 penjuru, kata Muhyiddin

PRN Melaka: PN sedia lawan 3 penjuru, kata Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional berkata keputusan itu mengambil kira sikap berdiam diri BN dalam merangka kerjasama antara dua parti berkenaan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya sedia membuka pintu kerjasama bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan pembangkang dalam PRN Melaka. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional (PN) sedia berdepan pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka jika Barisan Nasional (BN) terus berdiam diri berhubung kemungkinan kerjasama antara dua parti itu, kata Pengerusinya Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa membuka pintu kerjasama dengan mana-mana parti bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan pembangkang dalam PRN Melaka, 20 November ini.

“Persoalan berbangkit, adakah pihak sana bersedia (bekerjasama). Kita tidak dapat jawapan tegas dan jelas. Masa begitu singkat dan juga sudah diumumkan tarikh penamaan calon, pemilihan dan pengundian.

“Perkara ini pernah disuarakan Mohd Rafiq (Pengerusi PN Melaka) yang menyatakan pada peringkat awal lebih seminggu lalu bahawa kami bersedia bekerjasama,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian, selepas mempengerusikan sesi libat urus bersama pemain industri pelancongan negeri Melaka di Melaka, hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.