6.6% kematian Covid-19 babit individu lengkap vaksin

6.6% kematian Covid-19 babit individu lengkap vaksin

Hampir 16,000 atau 72% individu yang meninggal dunia tidak divaksin dan 4,551 (20.8%) menerima hanya satu dos vaksin.

Kebanyakan individu yang meninggal dunia akibat Covid-19 menghidap lebih dua penyakit, termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan berkata, hampir 6.6% daripada 21,884 kematian Covid-19 yang dilaporkan sejak 1 Jan hingga 16 Sept lalu membabitkan individu yang lengkap divaksin.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, ini membabitkan 1,438 kematian.

Individu yang meninggal dunia itu mengalami komorbiditi atau menghidap lebih dua penyakit, termasuk tekanan darah tinggi (67.8%), kencing manis (54.6%) dan kolesterol tinggi (48%).

Beliau dalam jawapan bertulis terhadap pertanyaan RSN Rayer (PH-Jelutong) di Dewan Rakyat berkata, 78.2% berusia 60 tahun dan ke atas.

Khairy berkata, hampir 16,000 atau 72% individu yang meninggal dunia tidak divaksin dan 4,551 (20.8%) menerima hanya satu dos vaksin.

Malaysia mencatatkan 27,113 kematian akibat Covid-19 setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.