
Daripada jumlah terbabit, 75 kes diklasifikasi sebagai kematian di luar hospital (BID) dan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 25,695.
Selangor mencatatkan kes kematian tertinggi, iaitu 56, diikuti Johor (53), Kedah (46), Kuala Lumpur (25), Pulau Pinang (21), Sarawak (19), Sabah (12), Kelantan, Perak dan Pahang masing-masing lima; Melaka dan Terengganu masing-masing empat; Perlis (dua) dan Negeri Sembilan (satu).
Tiada kes kematian direkodkan di Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 177,560 kes aktif dilaporkan termasuk 980 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 579 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Sebanyak 16,430 kes sembuh dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di Malaysia setakat ini ialah 2,209,194.