
“Dimaklumkan Menteri Kewangan bersetuju supaya pelanjutan tempoh kepada syarikat ejen penghantaran kastam tempatan untuk mematuhi syarat penyertaan Bumiputera diberikan sehingga 31 Disember 2022,” kata Setiausaha Bahagian Cukai Kementerian Kewangan, Che Nazli Jaapar, dalam surat yang dilihat FMT
Surat itu yang bertarikh semalam, turut dialamatkan kepada ketua setiausaha dan pengarah pelbagai kementerian dan agensi, termasuk Jabatan Kastam.
Ia turut dihantar kepada Persekutuan Penghantar Fret Malaysia (FMFF) dan syarikat berkaitan.
Semalam, FMFF mendesak kerajaan memperincikan kedudukan ekuiti Bumiputera dalam syarikat logistik sebelum tarikh akhir menjelang penguatkuasaannya pada 31 Disember ini.
Dalam surat bertarikh 18 September lalu yang dihantar kepada kerajaan, Presiden FMFF Alvin Chua, berkata Kementerian Kewangan menyatakan bermula Januari, semua pemegang lesen broker berdaftar dengan kastam perlu mematuhi syarat 51% pemilikan Bumiputera menjelang 31 Disember ini, namun tidak memperincikan jumlah sebenar.
Jangkaan pemilikan ekuiti 51% Bumiputera itu menyebabkan semua syarikat dimiliki Bumiputera.