
Menurut Kementerian Kewangan, harga RON97 ditetapkan pada RM4.70 seliter berbanding RM4.90 seliter setakat hari ini, manakala harga RON95 ditetapkan pada RM3.87 seliter, turun daripada RM4.02 seliter.
Harga diesel di Semenanjung akan ditetapkan pada RM4.87 seliter, turun daripada RM5.17 seliter.
Harga bahan api itu berkuat kuasa hingga 20 Mei.
Sementara itu, harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah pada RM2.15 seliter.
Bagi petrol bersubsidi di bawah sistem kawalan petrol bersubsidi (SKPS), harganya kekal RM2.05 seliter, dan diesel bersubsidi di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) juga kekal pada RM2.15 seliter.
“Harga bahan api kekal jauh lebih tinggi berbanding paras sebelum konflik di Asia Barat, yang masih mencecah sekitar USD100 setong, berbanding sekitar USD60 hingga USD70 setong sebelum konflik.
“Kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu memanjangkan bekalan negara,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan.