KKM teliti ‘hadiah latihan Persekutuan’ kepada doktor kontrak, kata KJ

KKM teliti ‘hadiah latihan Persekutuan’ kepada doktor kontrak, kata KJ

Khairy Jamaluddin berkata pada masa ini doktor kontrak hanya boleh mendapatkan “parallel pathways”.

Khairy Jamaluddin berkata, KKM mahu memberi kemudahan yang sama kepada doktor kontrak supaya mereka boleh mengikuti pengajian latihan kepakaran di IPT tempatan.
KUALA LUMPUR:
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti langkah untuk memberi peluang kepada doktor kontrak mendapatkan “hadiah latihan Persekutuan” bagi melanjutkan pengajian sarjana yang ketika ini kelebihan itu hanya layak diterima oleh doktor tetap bagi mendapatkan tajaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pada masa ini doktor kontrak hanya boleh mendapat “parallel pathways”.

“Kita mahu memberi kemudahan yang sama kepada doktor kontrak supaya mereka boleh mengikuti pengajian latihan kepakaran di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

“Ini demi masa hadapan mereka dan antara yang dituntut dan dinantikan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) mengenai rancangan kerajaan untuk menjamin masa depan doktor kontrak di negara ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.