
Juruwang stesen minyak Muhammad Afiq Abdullah, 23, dan isterinya yang berusia 17 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dari kedua-dua tertuduh, lapor Bernama.
Pasangan itu secara bersama didapati melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan bayi berusia setahun empat bulan itu mengalami kecederaan fizikal di kepala, mata, badan dan tapak kaki.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Felda Bukit Jalor, Ayer Kuning Selatan, Tampin, dari 3 hingga 25 Ogos 2021.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkan Muhammad Afiq diikat jamin RM10,000 manakala isterinya sebanyak RM6,000.
Mereka turut diarahkan tambahan melaporkan diri di balai polis terdekat dua kali sebulan.
Sebutan semula ditetapkan pada 13 September 2021.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Christhoper Enteri Anak Mawan, manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Muhammad Syafiq Stewart Abdullah.