Sunway Malls hanya benarkan pengunjung lengkap divaksin masuk ke premis mereka mulai 15 September

Sunway Malls hanya benarkan pengunjung lengkap divaksin masuk ke premis mereka mulai 15 September

Peraturan itu adalah sebahagian daripada matlamat Sunway Malls untuk mewujudkan komuniti yang lebih selamat untuk semua orang.

Sunway Pyramid adalah satu daripada empat pusat beli belah dikendalikan Sunway di Lembah Klang yang akan melaksanakan sekatan itu bermula bulan depan.
PETALING JAYA:
Hanya pengunjung yang lengkap dua dos vaksin akan dibenarkan memasuki pusat beli-belah kendalian Sunway Mall di Lembah Klang mulai 15 September.

Dalam kenyataan dikeluarkan pengurusan pusat beli belah hari ini, peraturan itu dilaksanakan bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan komuniti yang lebih selamat untuk semua orang, sambil menambah bahawa langkah itu akan dilaksanakan di empat pusat beli belah kendaliannya iaitu Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Sunway Putra dan Sunway Giza.

Walau bagaimanapun, pengecualian akan diberikan kepada kategori individu tertentu yang tidak memenuhi syarat untuk mendapat vaksin Covid-19.

“Kami ingin memastikan semua pelawat kami dijaga dengan baik dan mematuhi semua SOP yang berkenaan. Ayuh kita mainkan peranan kita bukan saja untuk divaksinasi malah untuk ama-sama saling menjaga antara satu sama lain, ” katanya.

Bagi mereka yang diberi vaksin dua dos, seperti Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, mereka hanya boleh memasuki pusat membeli-belah 14 hari selepas dos kedua.

Sementara itu, mereka yang diberi vaksin satu dos, seperti CanSino atau Johnson & Johnson, mereka hanya dibenarkan memasuki premis 28 hari selepas suntikan mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.