
Jenazah yang tiba di tanah perkuburan pada 11.45 pagi itu turut diiringi beberapa ahli keluarga terdekat.
Terdahulu jenazah disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.
Ahmad Sarji yang berkhidmat sebagai KSN dari 1990 hingga 1996 menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital pada 1.40 pagi tadi.
Beliau juga merupakan pengasas dan pengerusi pertama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 1992 dan dilantik semula ke jawatan itu pada 2019.
Pada 7 Ogos lalu, media melaporkan Ahmad Sarji dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras akibat komplikasi Covid-19.