
Sesi menghadap PM dengan Yang di-Pertuan Agong itu berlangsung hampir tiga jam, menurut laporan Harian Metro.
Kenderaan rasmi membawa perdana menteri keluar dari pekarangan Istana Abdulaziz pada 1.38 tengah hari.
Terdahulu, media melaporkan senarai akhir Jemaah Menteri dijangka dipersembahkan oleh Ismail ke hadapan Sultan Abdullah di Istana Abdulaziz hari ini.
Pertemuan bagi mempersembah senarai nama Jemaah Menteri itu sudah mendapat perkenan Sultan Abdullah.
Bagaimanapun, Ismail dilihat hanya melambai kepada kumpulan media yang menunggu di luar pintu istana dan tiada sebarang sidang media setakat ini.
Difahamkan, Ismail yang juga naib presiden Umno dijadual mengadakan sidang media petang ini bagi mengumumkan senarai Jemaah Menteri.
Terdahulu, Ismail tiba di Istana Abdulaziz pada 10.53 pagi tadi.