Bank makanan BAC kumpul RM1.35 juta bantu rakyat memerlukan

Bank makanan BAC kumpul RM1.35 juta bantu rakyat memerlukan

Pengerusi BAC Raja Singham berkata kutipan dana perlu terus ditingkatkan kerana jumlah yang memerlukan bantuan juga terus bertambah.

Ketua Pegawai Eksekutif Brickfields Asia College Education Group’s (BAC), Raja Singham (dua dari kiri), menunjukkan isyarat bagus selepas menyerahkan bakul makanan kepada sebahagian keluarga yang memerlukan.
PETALING JAYA:
Bank makanan kelolaan Brickfields Asia College Education Group’s (BAC), FreeMakan.com, berjaya mengumpul sejumlah RM1.35 juta dalam usahanya membantu menyediakan makanan kepada keluarga daripada kalangan rakyat yang memerlukan.

Namun Pengerusi BAC Raja Singham berkata, mereka perlu mengumpulkan lebih banyak dana kerana permintaan bantuan daripada keluarga terdesak memerlukannya berikutan perintah kawalan pergerakan dan kehilangan pendapatan juga semakin bertambah.

Ketika bank makanan menyasarkan untuk mengumpul RM1.5 juta bagi membantu seramai 30,000 keluarga memerlukan Raja berkata, lebih daripada 20,000 isi rumah sudah menerima bakul makanan melalui FreeMakan bersamaan lebih dua juta hidangan untuk 85,000 orang di seluruh negara.

Bakul makanan ini dihantar kepada keluarga memerlukan di Lembah Klang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan Sabah.

Ia termasuk 202 keluarga di Pulau Gaya, Sabah selain turut diagihkan kepada masyarakat Orang Asli di Johor dan Selangor.

“Mereka antara golongan yang masih belum menerima apa-apa bantuan. Permohonan untuk bantuan juga datang daripada pelarian dari semua komuniti, pendatang, pekerja tanpa dokumen dan golongan tanpa negara.

“Awal minggu ini, kami sudah menghantar 200 bakul makanan bagi membantu mangsa banjir di Gurun dan Yan di Kedah dan memberikan maklum balas kepada artikel yang disiarkan FMT dengan mengagihkan 200 bakul makanan di Panorama Lapangan Perdana di Ipoh,” katanya.

Pasukan ‘FreeMakan’ bertungkus lumus menyediakan barangan keperluan untuk diagihkan.

Antara yayasan dan organisasi yang menyumbang kepada FreeMakan adalah Creador Foundation, SPARK Foundation of Heineken, Perlis Plantations Berhad, CSR Sugar, Nestle Malaysia, Affin Hwang Capital, Adenland Group, MyTukar, MMA Wilayah, Enya, Aroma Flour, F&N, Comvita dan Kolej Brickfields Asia.

Sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang menyokong dengan memberikan bantuan kepada keluarga yang memerlukan ini, Raja memohon supaya lebih banyak organisasi menyalurkan sumbangan kerana masih banyak permohonan untuk mendapatkan bantuan diterima pihaknya.

“Kami akan meneruskan usaha ini untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan lagi kerana kes Covid-19 masih sangat tinggi setiap hari,” katanya.

Mereka yang berminat menyumbang makanan atau barangan lain ke bank makanan boleh melayari laman sesawang disini.

Sementara itu, mereka yang ingin menyumbang bantuan kewangan boleh menyalurkan sumbangan mereka kepada Make It Right Movement Sdn Bhd (RHB Bank 21219800040683).

Bagi transaksi pindahan wang melalui bank, sila nyatakan “Hentikan Kelaparan” pada sumbangan dan kirim bukti sumbangan ke emel [email protected] atau melalui WhatsApp ke 014 2315528.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.